Hasan Ali: Gerakan Kristian pesong akidah umat Islam

DAMANSARA – Hasan Ali dakwa ada gerakan proletisasi Kristian giat pesongkan akidah umat Islam di negara ini.

Presiden Jalur Tiga (JATI), Hasan Ali mendakwa bahawa terdapat satu gerakan proselitasi Kristian yang sedang giat dalam memurtadkan umat Islam di negara ini.

Baru-baru ini, beliau telah mendedahkan dua buah video tentang bagaimana gerakan ini memesongkan akidah segelintir masyarakat Islam.

Video tersebut mengandungi pengakuan seorang individu yang bernama Ramli Bin Abdullah ( bukan nama sebenar ), mendedahkan modus operansi gerakan proselitasi dalam menyesatkan akidah umat Islam.

Dalam video tersebut, Ramli menerangkan bagaimana bantuan kewangan,moral dan tempat tinggal disediakan bagi mereka yang berpotensi dalam meninggalkan  agama Islam.

Hasan menegaskan bahawa dalam masa 3 tahun 11 bulan beliau menubuhkan Unit Selamatkan Akidah ( USA ) beliau telah mengambil inisiatif dalam menolong golongan golongan tersebut, apabila ditanya wartawan samada beliau gagal memainkan peranannya sebagai exco dalam hal ehwal agama Islam sebelum dipecat.

Beliau juga berpendapat bahawa proselitasi Kristianisasi di kalangan umat Islam negara ini harus dibendung dan berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Hassan, dengan nada sinis menerangkan bahawa menteri besar Selangor bertanggungjawab dalam hal agama di Selangor  dan memperuntukkan bajet kecil dalam belanjawan negeri dalam usaha mencegah amalan murtad di Selangor.

Beliau juga menggesa menteri besar Selangor menjadi lebih objektif dan fokus dalam menjawab isu murtad yang dibangkitkan dalam Dewan Rakyat.

 

 

Avatar photo

Imran Hilmy

is born and raised in Penang Island and throughout of his younger days has a knack of lyrics and poem writings.Loves to read on history, politics and religions. He believes that he has a role in making this world a better place through his capacity as a Citizen Journalist in CJ.MY.