Promosi CSL menarik ratusan pengunjung

KOTA KINABALU – Orang ramai mula berkumpul seawal 8.00 pagi untuk mendapatkan telefon bimbit tersebut kerana hanya terdapat 50 telefon bimbit berharga RM9.90.

Lelong murah

Ratusan orang telah hadir ke Kompleks Asia City untuk menjadi orang pertama memiliki telefon bimbit CSL dengan harga RM9.90.

Orang ramai mula berkumpul seawal 8.00 pagi untuk mendapatkan telefon bimbit tersebut kerana penganjur  jualan tersebut CSL Sabah hanya menyediakan 50 unit telefon bimbit.

Selain daripada itu CSL Sabah juga menjual telefon bimbit dengan harga yang murah dengan diskaun sehingga 80% .

Jualan tersebut juga telah dimeriahkan lagi dengan acara lelongan telefon bimbit.

Menurut salah seorang jurujual, telefon bimbit dijual diantara RM68.00 hingga RM488.00 di jualan tersebut, manakala harga pasaran adalah RM100.00 hingga RM688.00.

“Pembeli akan pasti berpuas hati kerana jualan sebegini hanya diadakan setahun sekali,” ujar beliau.

Objektif jualan ini adalah untuk memberi peluang kepada mereka yang berpendapatan rendah untuk memiliki telefon bimbit yang berkualiti dan pada harga yang berpatutan.

Maxis yang merupakan pengajur bersama jualan ini telah memberikan kad SIM percuma kepada pembeli telefon bimbit di jualan tersebut.

Barisan pelanggan yang masih belum memasuki kawasan jualan

Pelanggan berpusu-pusu mendapatkan telefon bimbit CSL

 

Barisan pelanggan di dalam Asia City

 

Jualan harga runtuh untuk telefon bimbit CSL
Lelong habis-habisan
Pelanggan yang menunggu giliran untuk membeli

 

Telefon bimbit CSL hanya RM9.90

 

Masih ramai lagi yang menunggu giliran untuk masuk

 

 

 

 

 

 

 

Jeffery George