Piket kerana tidak puas hati dengan Maybank

BATU PAHAT – Piket dianjur kerana tindakan Maybank yang menekan kesatuan dan mendiskriminasi pekerja dengan tidak membayar bonus prestasi.

Lebih 70 orang ahli Kesatuan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) berkumpul dan berpiket di Jalan Rahmat, Batu Pahat baru-baru ini.

Mereka berpiket untuk menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap Maybank di atas tindakan bank tersebut yang menekan kesatuan dan mendiskriminasi pekerja dengan tidak membayar bonus prestasi yang selama ini hanya dinikmati oleh pegawai atasan sahaja.

“Tindakan Maybank yang tidak mahu membayar bonus prestasi kepada golongan kerani dan bukan kerani itu menolak dasar kerajaan yang selama ini melaung-laungkan untuk merapatkan jurang pendapatan dan mendahulukan rakyat, dan oleh itu yang kaya akan bertambah kaya sementara yang miskin akan bertambah miskin” ujar presiden NUBE, Michael Tan Eng Hong.

Antara isu lain yang menimbulkan rasa tidak puas hati ahli NUBE adalah ialah tindakan Maybank yang telah memecat naib presiden NUBE, Abd Jamil Jalaludeen dan bendahari agung NUBE iaitu Chen Ka Fatt .

Menurut ahli kesatuan NUBE tindakan itu adalah tidak adil dan melanggar undang-undang negara dan undang-undang buruh antarabangsa.

Norsyaril Kamaruddin