Selepas 5 bulan kerosakan masih belum dibaiki

Berikutan daripada kejadian tanah runtuh di Kampung Buit Hill, Putatan pada bulan November 2011, tiada sebarang tindakan susulan yang telah diambil oleh pihak berkuasa,

Tinjauan CJMY mendapati bahawa dinding konkrit penahan tanah yang sudah runtuh masih belum lagi dibaiki.

Beberapa hari selepas kejadian, difahamkan bahawa pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Kampung telah datang memeriksa tetapi tiada tindakan susulan selepas itu.

Penghuni rumah yang rosak tersebut, Lee Yun, sekali lagi meminta agar pihak kerkuasa dapat membantu baik pulih kerosakan yang dialami. Beliau khuatir dengan tibanya musim hujan, lebih banyak kerosakan akan berlaku.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE