Orang Asli bantah tindakan kerajaan negeri Melaka

MELAKA – Seramai 20 ahli masyarakat orang asli yang terdiri daripada Jaringan Kampung Orang Asli Melaka (JKOASM) telah hadir di Wisma Seri Negeri seawal jam 10 pagi untuk menyerahkan satu memorandum kepada Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam

Seramai 20 ahli masyarakat orang asli yang terdiri daripada Jaringan Kampung Orang Asli Melaka   (JKOASM) telah hadir di Wisma Seri Negeri seawal jam 10 pagi untuk menyerahkan satu memorandum kepada Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam, di sini, kelmarin.

Sebagaimana yang di umumkan oleh seorang wakil JKOASM, memorandum yang mereka akan serahkan ada berkaitan dengan isu tanah milik mereka.

Rombongan Jaringan Kampung Orang Asli Melaka (JKOASM) yang diketuai oleh Liza Bt Dongdor, Faridah a/k Goh Kam dan Norsinani Bt Achin.

Mereka terpaksa menunggu sehingga sidang dewan tamat pada sesi tengah hari kira kira pada jam 1.40 petang untuk bertemu dengan Ketua Menteri.

Mengikut kenyataan akhbar yang telah diedarkan kepada pemberita, JKOASM telah dengan sebulat suara membantah sekeras-kerasnya keatas tiga isu pokok.

Dalam memorandum JKOASM, tiga isu pokok telah dikemukakan termasuk pemberian milikan tanah Orang Asli pada tahun 2009, kenyataan Ketua Menteri Melaka pada 27 April, 2011 dan terakhirnya bantahan keatas tuntutan kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

See also  Dettol promotes hygiene in mosques for Ramadhan

Dalam pada yang sama, JKOASM menggesa supaya kerajaan negeri menghormati keseluruhan hak orang asli tanpa menggira dimana sahaja penempatan mereka sama ada di darat, di pinggiran laut atau di tasik.

Kedua, JKOASM menggesa kerajaan negeri menghentikan sebarang bentuk usaha yang berunsur paksaan, dorongan atau pujukan untuk mendapatkan sesuatu persetujuan daripada masyarakat orang asli.

Tambahan lagi, JKOASM menggesa kerajaan negeri memansuhkan dasar pemberi milikan tanah orang asli yang tidak akan menguntungkan masyarakat orang asli secara keseluruhannya.

Ketiga, JKOASM ingin mengudarakan kekecewaan keatas kenyataan akhbar Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam pada 27 April 2011 yang mengumumkan bahawa semua 16 perkampungan orang asli di Melaka akan digazetkan serta-merta.

Turut diumumkan penambah seluas 520.39 hektar tanah akan dibahagikan kepada 363 ketua isi rumah yang bermakna setiap ketua isi rumah hanya menerima 1.5 hektar tanah dan ini jelas tidak mencukupi sedangkan tanah adat masyarakat orang asli adalah luas tetapi kerajaan meluluskannya dan membiarkan tanah adat selebih itu dicerobohi oleh pihak-pihak yang tertentu.

See also  WVM launches 'Right the Wrong' campaign to combat poverty and hunger

Manakala, Jaringan Kampung Orang Asli Melaka (JKOASM) telah turut menuntut kepada pihak kerajaan negeri supaya menhentikan segala aktiviti-aktiviti yang sedang berjalan di atas tanah dan wilayah adat orang asli.

Tuntutan tambahan, menarik balik lesen-lesen yang telah diberikan kepada kontraktor yang bekerja di atas tanah dan wilayah adat orang asli, membayar pampasan yang setimpal mengikut Perlembagaan Persekutuan keatas segala kerosakan dan kerugian yang telah dihadapi.

Kerajaan negeri juga dituntut untuk membatalkan semua rizab-rizab lain yang bertindih dengan tanah dan wilayah adat orang asli.

Dan akhir sekali, mengiktiraf kan seluruh tanah dan wilayah adat orang asli berlandaskan kepada peta komuniti orang asli.

Azmi

Photographer