‘Exit Policy’ SBPA masih relevan untuk rakyat

Memang tidak dinafikan, bahawa ramai pegawai kerajaan yang menantikan durian runtuh daripada Skim Saraan Malaysia (SSM) yang telah menganti Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) baru-baru ini.

Pengantian skim ini, walaupun membawa banyak habuan kepada penjawat awam tetapi telah merompak satu aspek yang mungkin boleh memberikan kelebihan kepada rakyat jelata. Aspek tersebut adalah penyingkiran penjawat awam daripada perkhidmatan awam atau “Exit Policy”.

Rakyat jelata yang sering berurusan dengan pejabat kerajaan mahukan satu sistem diwujudkan bagi menyingkirkan penjawat awam yang gagal menjalankan yang sepatutnya.

Sebagai contohnya, penjawat awam seperti kakitangan di pejabat yang menghabiskan banyak masa mereka bersembang dan berjual-beli daripada bekerja, datang lewat ke pejabat, atau yang duduk di kantin berjam-jam berehat, menyusahkan pihak yang ingin berurusan dengan jabatan mereka.

Mekanisma penyingkiran yang diwar-warkan dalam SPBA adalah satu kelebihan yang boleh memastikan kakitangan yang lebih cekap dan berkualiti.

Sering kita dengar rungutan dari pelbagai lapisan masyarakat mengenai kerani di Jabatan A yang begitu bermasalah apabila ingin berurusan denganny, atau kakitangan di Jabatan B yang tidak masuk ke pejabat lagi kerana masih keluar minum dan pegawai di Jabatan C yang sering tidur di pejabat kerana membuat kerja sampingan pada sebelah malam.

Bagaimana pula dengan kakitangan yang sering menghilangkan dokumen yang dihantar kepada mereka. Pelbagai alasan diberikan sehingga ramai yang terpaksa menghantar dokumen yang sama beberapa kali. Ini antara rungutan yang sering diutarakan oleh pelanggan jabatan-jabatan kerajaan.

Ramai pegawai yang merungut kerana kakitangan mereka tidak kompeten untuk melaksanakan tugasan mereka, tetapi tiada tindakan yang boleh diambil oleh pegawai tersebut.

Justeru itu, kerajaan wajar sebenarnya mengkaji sedalam-dalamnya untuk mewujudkan satu sistem yang boleh menyingkirkan penjawat awam yang gagal menjalankan tugas atau yang bermasalah.

Rakyat mahukan penjawat am yang cekap dan mampu menyelesaikan masalah mereka, bukan mereka yang berasa selesa menjadi penjawat awam dan dibayar gaji buta.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE