Pertandingan memancing Kg Belukar

Pertandingan memancing tertutup DUN Wakaf Bharu telah diadakan di Kampung Belukar hari ini. Penganjurnya ialah Pemuda PAS DUN Wakaf Bharu dengan kerjasama UPU Belukar, dan di rasmikan oleh YB Che Abdullah Mat Nawi, EXCO Kerajaan Negeri Kelantan / ADUN Wakaf Bharu. Antara aktiviti lain yang turut diadakan termasuk cabutan bertuah, jamuan rakyat dan sukan rakyat.