Bendera BN: Urusan Parti atau Urusan Kerajaan?

ADUN Ayer Keroh, YB Khoo Paoy Tiong mempertikaikan bendera Barisan Nasional yang diletakkan di tepi jalan yang dikatakan untuk menyambut kedatangan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak yang akan datang ke Melaka pada 24 Februari 2012.

Adakah kedatangan Perdana Menteri atas urusan rasmi kerajaan atau sebaliknya (urusan parti)? Sekiranya atas urusan rasmi, mengapa tidak dikibarkan bendera Malaysia dan bendera negeri Melaka? Berapakah kos yang dibelanjakan oleh kerajaan negeri Melaka untuk menyambut kedatangan Najib itu?

 

Video oleh Wan Mohamad Azmi

Azmi

Photographer