Perjumpaan ‘offline’ rakan-rakan Facebook di Tanjung Lipat

Perjumpaan ‘offline’ rakan-rakan Facebook di Tanjung Lipat

Pemuda Sabah Progressive Party (SAPP) baru baru ini telah menganjurkan satu sesi bertemu rakan Facebook di Tanjung Lipat, Kota Kinabalu baru-baru ini.

Perjumpaan ini yang dihadiri oleh lebih kurang 60 orang dari pelbagai kaum dan pelusuk Sabah untuk bertemu dan berkongsi pandangan.

Berikutan daripada kejayaan pertemuan dengan rakan Facebook pada ulung kali ini, beberapa lagi pertemuan telah diaturkan oleh pihak pengurusan (admin) Facebook Pemuda SAPP .

Beberapa kegiatan telah diadakan semasa pertemuan ini untuk memberi manfaat dan faedah kepada peserta-peserta perjumpaan ini. Salah satu acara utama yang diadakan adalah acara “Pot-Luck” di mana para peserta disajikan dengan juadah yang disediakan oleh peserta lain.

See also  KitKat and EPIC Homes partner to transform Orang Asli communities this Ramadan

Pemuda SAPP yang diketuai oleh Jamain Sarudin telah mengorak langkah ke hadapan dengan merancang beberapa lagi pertemuan dengan rakan Facebook di dalam masa akan datang.