Adun Skudai: Laporan murtad TV1 adalah fitnah

Adun Skudai: Laporan murtad TV1 adalah fitnah

JOHOR BHARU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Skudai, Dr Boo Cheng Hau, membuat laporan polis selepas mendapati TV1 membuat laporan palsu pada jam 8pm, 27 Ogos 2011, dimana dirinya dikaitkan dengan sebuah kumpulan yang dikenali sebagai “Murtads in Malaysia and Singapore” dalam laman Facebook .

Dr.Boo menunjukan bukti bahawa beliau tidak memasuki kumpulan itu dalam laman web facebook tetapi namanya dimasukkan dengan sengaja untuk merosakkan nama baiknya. Beliau menggesa isu ini disiasat segera oleh MCMC dan menggesa TV1 meminta maaf secara terbuka kerana melaporkan fakta yang salah yang memburukkan nama baik pemimpin-pemimpin pembangkang.

Peguam Dr. Boo, Norman Fernandes menyatakan ini adalah satu fitnah dan tidak menolak kemungkinan tindakan undang-undang di ambil keatas TV1.

Video by Vijaya Kumar Rahman Citizen Journalist

Vijay Kumar