MB Kelantan arah penerokaan kawasan orang asal dihentikan

Menteri Besar Kelantan telah mengarahkan Ketua Eksekutif Perbadanan Ladang Rakyat, Dr. Nazmi untuk memberhentikan segala kerja penerokaan sehingga 10 April di sekitar kawasan orang asal di Daerah Gua Musang.

Persetujuan ini dicapai selepas pertemuan 3 peguam dari Majlis Peguam bersama Menteri Besar Kelantan.

Perbincangan selanjutnya akan mengambil tempat pada 10 April dan akan dihadiri oleh exco kerajaan negeri bersama dengan pegawai Perbadanan Ladang Rakyat.

Video oleh GV Shan, Wartawan Masyarakat