Ponggal Vizha, Malaysian Record

Ponggal Vizha, Malaysian Record

Selangor Makkal Ponggal Vizha ‘1008 Ponggal Pots’ pesta telah berlangsung di Jalan Tengku Kelana Klang pada 30hb Januari 2011.

Majlis ini telah mencipta rekod apabila lebih dari 1210 buah tembikar ponggal berjaya dipersembahkan. Lebih dari 3000 orang telah menyertai pesta ini walaupun hujan renyai-renyai turun sejak pagi lagi.

Jalan Tengku Kelana Klang telah dipenuhi dengan tebu , nyalaan api ponggal dan sorak gembira serta laungan ‘Ponggalo-pongal.”’.oleh orang ramai yang menyertai pesta ini.

Majlis yang bersejarah ini telah dianjurkan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor, Malaysian Hindu Sangam bersama-sama lebih dari 40 pertubuhan kuil, gabungan NGOs, Persatuan Perniagaan dan lain-lain.

Sempena majlis ini beberapa aktiviti telah diadakan antaranya:
*Pelancaran akhbar bahasa tamil ‘Selangor Indru’ telah dilakukan oleh Dr Xavier Jayakumar(percuma dan akan diterbitkan 2 naskah setiap bulan);
*Penyerahan cek sebanyak RM10,000 kepada Majlsi Kanser Nasional;
*Penyerahan cek sebanyak RM4,000 kepada Persatuan Bulan Sabit Merah;
*Pengiktirafan Jalan Tengku Kelana Klang sebagai ‘little India’ dan pusat pelancong.

See also  Foodpanda celebrates Ramadan with delivery partners

Rakaman video:c, Wartawan Masyarakat

Rajeswari