Gobind cabar AG dan PDRM

Gobind Singh Deo telah mencabar Peguam Negara dan Polis DiRaja Malaysia agar mereka puas dengan tahap siasatan kematian Teoh Beng Hock, seorang pembantu politik parti DAP.

Gobind, yang juga seorang Ahli Parliamen DAP kawasan Puchong, adalah peguam yang mewakili keluarga mendiang Teoh Beng Hock.

Teoh, 30, di dapati mati pada Julai 16, 2009 atas pelantar Tingkat Lima di bangunan Plaza Masalam di Shah Alam selepas penyiasatan semalaman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia negeri Selangor di tingkat 14 bangunan yang sama.

Inkues yang bermula pada Julai 29, 2009 telah penuh ketegangan dengan kontroversi, dengan saksi-saksi pakar yang memberi bukti-bukti dan keterangan yang bercanggah dan dipertikai atas kematian Teoh.

Koroner Azmil Muntapha Abas pada Januari 5, 2011 telah memberikan keputusan terbuka (Open Verdict) atas kematian Teoh. Beliau juga telah memutuskan untuk mengetepikan pembunuhan diri (suicide) atau di bunuhi (homicide) yang menyebabkan kematian Teoh.

Video oleh R. Vijay Kumar, Wartawan Masyarakat