“Say No-Unite to End Violence Against Women”

“Say No-Unite to End Violence Against Women”

Majlis Pelancaran Kempen “Say No-Unite To End Violence Against Women” sempena Hari Antarabangsa Menangani Keganasan Terhadap Wanita 2010 telah di adakan di KL Sentral pada 27 November 2010. Majlis ini telah dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat(KPWKM) dengan kerjasama badan-badan NGOs.  Majlis ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan  Masyarakat, YB Sentor Puan Heng Seai Kie.

Objektif utama majlis ini ialah menyebarluaskan maklumat mengenai isu-isu keganasan terhadap wanita kepada masyarakat umum. Di samping menggembleng komitmen semua pihak iaitu golongan wanita dan lelaki, sektor awam dan swasta serta NGO bagi menghapuskan keganasan terhadap wanita.

Mengikut statistik Polis diRaja Malayisa, kes rogol, bunuh, dera, keganasan rumah tangga dan gangguan seksual di Malaysia semakin meningkat dan secara purata 10 wanita menjadi mangsa keganasan fizikal, seksual atau mental setiap hari dan angka ini hanyalah mengambarkan sebilangan kecil kes-kes yang dilaporkan. Malahan ramai dikalangan wanita hari ini tidak melaporkan kes-kes keganasan atas pelbagai sebab dan alasan.   

See also  Penang's Wadda Gurdwara Sahib to shine again 

Dalam majlis ini KPWKM telah melancarkan penubuhan “Kelab Youth Orbit-Circle of Influence” (Kelab YO!) yang merupakan inisiatif yang digerakkan oleh golongan muda untuk golongan muda (youth for youth) bertujuan memberi informasi, kesedaran dan mewujudkan peer support group bagi menghapuskan segala bentuk diskriminasi dan penganiayaan terhadap wanita. Lebih dari 500 peserta telah pun mendaftar sebagai  ahli kelab YO! pada hari tersebut dan pendaftaran juga boleh dibuat secara online.

Rakaman video: R.Rajeswari, Wartawan Masyarakat

Rajeswari