Jangan pinda, mansuh!

Jangan pinda, mansuh!

Seramai 60 orang mahasiswa dari pelbagai institut pengajian tinggi awam berkumpul di sekitar Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya untuk menaikkan sepanduk Anti ISA.

Kumpulan mahasiswa itu mahu kerajaan supaya memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri bukannya meminda.

Sebelum itu, polis telah bertindak menyurai serta menghalang para aktivis daripada mengadakan upacara memasang lilin di lapan tempat di seluruh negara bagi membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang kini berusia 50 tahun.

Video oleh R. Vijay Kumar, Wartawan Masyarakat