Lombong Pasir Haram

Isu perlombongan pasir secara haram bukanlah sesuatu  baru malah ianya antara isu yang masih berada dibawah permaidani sejak berpuluh tahun.  Dipercayai pendapatan dari pasir adalah juga sumber pembiayaian sebahagian kegiatan politik.
 
Permasalahan sekarang ialah kenapakan kerajaan negeri baru juga gagal membendungkan kegiatan perlombongan haram atau pengedaran secara haram tersebut walaupun sebuah syarikat ditubuhkan untuk memantau serta mengekonomikan sumber pendapatan dari pasir tersebut?

Walaupun melombong di tanah swasta tidak dapat dikawal oleh pihak berkuasa tetapi mereka berhak menahan lori yang membawa keluar pasir tersebut tanpa permit .

Begitu juga permasalahan lori-lori pasir yang bergerak selepas waktu pejabat. Kenapakah pihak Pejabat tanah/daerah serta polis gagal memantau atau menutup sebelah mata?

Jika Pakatan Rakyat tidak dapat membendung kegiatan sebegini bagaimanakah mereka dapat menutup kebocoran Petronas, Tenaga Nasional dan sebagainya yang diperjuangkan oleh mereka.

Video by S Arikrishnan, Citizen Journalist