Federal Power menyingkirkan hak pekerja

Federal Power menyingkirkan hak pekerja

Pekerja-pekerja Federal Power Sdn Bhd yang berlokasi di Shah Alam Selangor terpaksa berpiket pada 19 Mei 2010 kerana amat kecewa dengan pihak majikan yang enggan untuk mematuhi terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian bersama.

Kebanyakkan pekerja-pekerja ini telah pun berkhidmat dengan syarikat lebih dari 15-25 tahun.

Apa yang lebih mengecewakan ialah apabila pihak syarikat enggan untuk bersemuka dengan pihak kesatuan dan mengambil tindakan memangsakan pekerja-pekerja dengan memberi notis pemberhentian kerja kerana mengambil cuti sakit dan cuti tahunan walaupun ia telah diluluskan oleh pihak majikan sendiri.

Malahan janji syarikat terhadap kenaikan gaji tahunan juga dikatakan tidak ditunaikan walaupun syarikat dikatakan mempunyai kedudukkan kewangan yang stabil. Ikutilah rakaman video ini untuk mengetahui tunjuk perasaan pekerja-pekerja federal power.

Video oleh R.Rajeswari, Wartawan Masyarakat