Air untuk Kg. Batu Putih

Pada 28 Oktober tahun lepas, Wartawan Masyarakat GV Shan telah memaparkan kisah Kg. Batu Putih yang tidak mempunyai kemudahan asas.

Kini atas usaha gigih majlis tempatan, pejabat menteri besar dan beberapa insan ikhlas masalah ini telah diselesaikan. Walaubagaimanapun, mereka masih bimbang mereka akan diusir dari tanah tersebut.

Mereka meminta jasa baik kerajaan negeri untuk mengesahkan geran mereka supaya mereka boleh terus tinggal disini.

Video oleh GV Shan, Wartawan Masyarakat