PAS palu gendang pilihanraya di Sabah

Kota Belud – Kehadiran pimpinan ini bakal membuka peluang untuk rakyat mengetahui sejarah dan perjuangan PAS.

 

PAS Sabah mengalu-alukan kehadiran pemimpin pusat yang akan hadir ke Sabah untuk program “Paluan Gendang Pilihanraya Umum” pada hari Sabtu ini.

Ketua Penerangan, Hisammuddin Sulaiman berkata, kehadiran beberapa pemimpin utama pusat merupakan satu peluang untuk rakyat Saba untuk mengenali pemimpin pusat dengan lebih dekat serta memahami perjuangan yang dibawa oleh PAS.

“Paluan gendang ini bukanlah semata-mata untuk menyatakan kepada rakyat mengenai petanda pilihanraya itu sudah hampir, tetapi lebih kepada menyampaikan maklumat mengenai perjuangan PAS. Kehadiran pimpinan ini bakal membuka peluang dan ruang yang lebih besar dan baik untuk rakyat mengetahui sejarah dan perjuangan PAS, lebih-lebih di Sabah ini,” ujar beliau.

Delegasi pimpinan pusat yang diketuai oleh Timbalan Presiden, Mohamad Sabu, turut dianggotai oleh Naib Presiden PAS,  Husam Musa, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Harun Taib; Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Dr. Mohd Hatta Ramli; Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan; Naib Ketua Pemuda PAS Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz; AJK PAS Pusat, Abang Ahmad Kardee Masagus dan beberapa pimpinan pusat yang lain.

Wendy Chia