MPSP jimat RM14 juta

MPSP jimat RM14 juta

MPSP telah membuat anggaran bajet defisit bagi tahun 2009 sebanyak RM15.47 juta. Walaubagaimanpun, selepas penutupan akaun 2009, MPSP telah mencatat lebihan pendapatan sebanyak RM14.57 juta.

Menurut, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dengan lebihan pendapatan tersebut, Kumpulan Wang MPSP meningkat sebanyak 50.22% dari RM29.07 juta dalam tahun 2008 kepada RM43.67 juta dalam tahun 2009.

Pada keseluruhannya, perbelanjaan MPSP menurun sebanyak 0.31% pada tahun 2009 berbanding pada tahun 2008 dari RM143.27 juta kepada RM142.83 juta dengan perbezaan sebanyak RM0.44 juta. Ini adalah sebahagian daripada usaha usaha MPSP untuk berjimat cermat ke atas keseluruhan perbelanjaan.

Dengan lebihan pendapatan berjumlah RM14.57 juta, MPSP mengakhiri tahun kewangan 2009 dengan kumpulan wang (rizab) berjumlah RM43.67

Video by Jimmy Leow Beng Hock, Citizen Journalist

Jimmy Leow Beng Hock