Sikap pengusaha bas ancam keselamatan pengguna

GELANG PATAH – Pengusaha gagal menyediakan bas yang cukup untuk penumpang.

Keselamatan pengguna bas sekitar kawasan Nusajaya, Gelang Patah dan Bukit Indah yang terletak di bawah Wilayah Pembangunan Iskandar (IDR) sentiasa terancam disebabkan oleh sikap syarikat pengusaha bas Handal Indah  Sdn Bhd.

Kebanyakan penduduk di kawasan ini yang bekerja di Singapura terpaksa berdepan dengan  karenah pengusaha bas ini yang membawa penumpang yang melebihi had semasa memasuki republik itu.

Tinjauan CJMY pada awal pagi ini mendapati pengusaha bas, Handal Indah Sdn Bhd, gagal menyediakan bas yang mencukupi untuk penumpang. Justeru itu, penumpang terpaksa merebut-rebut untuk menaiki bas.

Penumpang yang terpaksa bersandar pada cermin hadapan bas

Menurut salah seorang daripada pengguna perkhidmatan bas itu yang hanya ingin dikenali sebagai Lim berkata, masalah ini berlarutan sejak enam tahun yang lalu.

See also  Toll-free highway travel for Hari Raya Aidilfitri 

“Kegagalan Handal Indah menyediakan bas yang mencukupi sering mengakibatkan penumpang bergelutan untuk menaiki bas.  Adakalanya wanita wanita yang mengandung menjadi mangsa dalam pergelutan itu. Pernah saya lihat perempuan yang sarat mengandung terjatuh,” kata Lim.

Menurut seorang lagi penumpang, yang tidak ingin dikenali  berkata, kerajaan negeri Johor dan Jabatan Perkhidmatan Jalanraya (JPJ) perlu memantau  operasi Handal Indah yang membawa penumpang melebihi had yang ditetapkan.

Menurutnya lagi, penumpang terpaksa duduk membelakangi cermin depan bas kerana tidak ada tempat untuk berdiri. Malah bahagian tangga juga dipenuhi sehinggakan kaki penumpang sering tersepit apabila pintu hidrolik ditutup.

Monopoli Handal Indah menyebabkan pengguna tidak mempunyai alternatif lain ke republik itu melalui Link Kedua.

See also  BRAND'S and PLUS team up for road safety campaign

“Tambang yang dikenakan bukannya murah. Kami terpaksa membayar tambang RM4 dan bas membawa kami seperti ikan sardin. Walaupun kami telah mengemukakan masalah ini kepada Handal Indah beberapa kali, namun sehingga kini tidak ada langkah pemulihan langsung. Malah semakin hari semakin teruk perkhidmatannya,” kata penumpang itu lagi,” ujar Lim.

Handal Indah adalah satu satunya syarikat pengusaha bas yang  menyediakan perkhidmatan ke Singapura melalui Link Kedua.

Bahagian Perkhidmatan Pelanggan Handal Indah Sdn Bhd ketika dihubungi untuk ulasan memberitahu bahawa  masalah ini berpunca daripada kekurangan kakitangan di bahagian operasi.

 

 

Keadaan dalam bas yang seperti "sardin"

 

 

 

 

 

Saminathan