Tiada air paip di Sipitang

Masalah air paip di daerah Sipitang bukan sesuatu yang baru. Sebuah loji air yang menelan belanja RM60 juta baru sahaja siap dibina di Kg Ulau, Melamam. Walaubagaimanapun ia nampak tidak berfungsi.

Kebanyakkan kampung yang terletak lebih kurang 4 kilometer dari pekan Sipitang masih bergantung kepada air perigi dan air sungai.

Pemimpin tempatan mengatakan bahawa masalah ini disebabkan oleh jabatan air dalam negeri yang tidak cekap menguruskan sumber.

Sebilangan penduduk pula berpendapat masalah ini disebabkan pemimpin tempatan yang tidak mengambil berat tentang hal ini.

Wartawan masyarakat, Amde Sidik telah cuba membuat temujanji dengan Pengarah Jabatan Air Sabah di Kota Kinabalu sebanyak dua kali untuk mencari penjelasan tetapi masih belum berjaya.

 

Video oleh Wartawan Masyarakat, Amde Sidik