PKR anjur Malam Gala untuk kumpul dana PRU 13

DAMANSARA – Sambutan untuk Malam Gala Keadilan 2012 adalah sangat memberansangkan dan hampir separuh daripada 160 meja telah pun dijual kepada penderma.

 

Pementasan teater "Madah Berhelah"

Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menganjurkan majlis makan malam bagi tujuan mengumpul dana bagi pilihanraya umum ke-13 pada 4 Mei, 2012 di Hotel One World, Bandar Utama, Petaling Jaya.

Majlis makan malam ini akan dipengerusikan oleh Dr Tan Kee Kwong dan akan dihadiri oleh penyumbang dan penderma kepada tabung pilihanraya parti melalui jualan tiket untuk 160 meja.

Menurut Tan, sambutan untuk Malam Gala Keadilan 2012 adalah sangat memberansangkan dan hampir separuh daripada 160 meja telah dijual kepada penderma.

Ini merupakan satu tanda bahawa rakyat secara amnya sebenarnya telah bersedia untuk menerima PKR dan Pakatan.

Beberapa acara persembahan telah diatur untuk majlis ini termasuklah sebuah pementasan teater pendek yang bertajuk “Madah Berhelah” yang akan membariskan penyokong parti.

Malam gala ini akan dihos oleh pelakon teater terkenal Jo Kukathas.

 

Jeffery George