Tiada air paip sejak merdeka

Tuaran: Matbee Haji Ismail, salah seorang pemimpin PKR Tuaran, Sabah menyuarakan kesukaran yang dihadapi oleh penduduk sekitar daerah Tuaran yang belum pernah menikmati kemudahan air paip sejak merdeka lagi, sedangkan daerah ini hanya lebih kurang 30km jauhnya dari ibu negeri.

Menyentuh tentang pembinaan projek perumahan rakyat termiskin PPRT di Kampung Mengkabong pula, beliau kesal kerana rumah-rumah ini didirikan dengan menggunakan bahan-bahan yang terlalu murah, contohnya, papan buangan (rejected planks).

Rumah-rumah itu  pula didirikan di tepi laut yang tapaknya berlumpur tanpa mengunakan cerucuk (piling). Beliau berpendapat penduduknya akan berdepan dengan kesukaran pada masa depan kerana tanah tapak rumah sudah keliatan retak.

Video oleh Amde Sidik, Wartawan Masyarakat

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE