Hishammuddin perlu jelas pendirian mengenai Bersih

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menuntut penjelasan lanjut daripada Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein yang mengisytiharkan gabungan NGO pilihanraya BERSIH 2.0 sebagai pertubuhan tidak sah tahun lalu tetapi kemudiannya menukar pendiriannya apabila membenarkan BERSIH 3.0 mengadakan perhimpunan pada hari Sabtu.

Semasa mengisytiharkan Bersih pertubuhan yang tidak sah pada 1 Julai tahun lalu, Hishammuddin telah menyatakan bahawa pertubuhan itu membawa ancaman keselamatan.

Walaubagaimanapun pendirian Hishamuddin berubah minggu lepas apabila menyatakan bahawa perhimpunan yang akan diadakan sabtu ini tidak mengancam keselamatan.

Peguam Aston Paiva, yang mewakili Bersih dalam mencabar pengistiharaan pengharaman kerajaan, memberitahu perkara itu selepas beliau dan peguam kanan persekutuan, Azizan Md Arshad bertemu hakim di kamar.

Hakim Rohana Yusof meminta penjelasan tersebut dan mengarahkan menteri berkenaan supaya memfailkan afidavit berhubung penjelasan dan pendirian Menteri Dalam Negeri mengenai pertubuhan Bersih

Hakim akan menberi keputusan pada 15 Mei samada untuk membenarkan permintaan Bersih untuk pemeriksaan balas Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara Ismail Omar.

 

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE