Tiada gelanggang untuk bersukan

Tiada gelanggang untuk bersukan

Pemuda pemuda India diusir dari bersukan dengan mengenakan bayaran sebanyak RM20 untuk setiap jam di Taman Desa Corina, Cameron Highlands.

Pemuda-pemuda tersebut mengatakan bahawa bayaran yang dikenakan adalah tidak berpatutan dan membebankan sesiapa yang ingin bersukan.

Kementerian Belia dan Sukan sepatutnya menggalakkan masyarakat bersukan, bukannya menyekat mereka daripada bersukan.

Pemintaan pemuda merupakan sesuatu yang mudah dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan.
Pertama, menarik balik segala bayaran yang dikenakan terhadap pengguna gelanggang. Keduanya ,bina satu lagi gelanggang supaya lebih ramai pemuda boleh berkecimpung di arena sukan.

 

Video oleh GS Shan, Wartawan Masyarakat

Shanmugam Govindasamy