Pengusaha kereta terpakai dirompak di Klang

KLANG – Geng Tiga Line didakwa telah menyerang penjabat pengusaha kereta terpakai dan berjaya melarikan 5 buah kereta, 2 komputer bimbit, dompet dan wang tunai sebanyak RM70,000.

Seorang pengusaha kereta terpakai berasa bimbang sejak kejadian rompakan dan serangan di pejabatnya di Kelang.

Beliau yang tidak mahu identitinya didedahkan, memberitahu wartawan bahawa kemungkinan besar kumpulan tersebut akan kembali menyerang pejabatnya kerana beliau tidak dapat memenuhi permintaan mereka untuk memberi wang sebanyak RM200,000.

Dalam kejadian pada 6 April baru-baru ini, sekumpulan lelaki yang dikatakan daripada geng “Tiga Line” telah menyerang penjabat pengusaha kereta terpakai dan berjaya melarikan 5 buah kereta, 2 komputer bimbit, dompet dan wang tunai sebanyak RM70,000.

Serangan tersebut telah dirakam di dalan kamera CCTV di premis tersebut.

Semasa serangan tersebut, anggota geng “Tiga Line” telah memaksa beliau memberi surat bahawa syarikat beliau berhutang sebanyak RM200,000 kepada pelanggan dan wang deposit tempahan kereta tersebut perlu dibayar semula berserta dengan upah kepada kumpulan tersebut.

Menurut beliau, pelanggan tersebut telah mengambil semula wang deposit mereka, malah lebih dari jumlah yang dibayar oleh mereka semasa membuat tempahan kereta.

Pengusaha tersebut juga menyatakan bahawa satu laporan polis telah difail pada 6 April tetapi sehingga hari ini tiada sebarang tindakan telah diambil.

Pegawai polis yang menyiasat kes ini telah mengesahkan laporan polis yang dibuat oleh pegusaha terbabit dan memaklumkan bahawa kejadian tersebut masih dalam siasatan.

Rita Benjamin