1 Kebun 1 Komuniti menghijaukan bumi

Perasmian program 1Kebun 1Komuniti

Perbadanan Labuan telah menganjurkan aktiviti penghijauan bumi sempena Hari Lanskap tahun 2012 dengan menanam pokok secara serentak di taman perumahan awam Kg Bukit Kuda, Labuan.

Acara tahunan ini telah memasuki tahun ketiga di mana program penanaman ini diadakan secara serentak dengan Putrajaya dan Kuala Lumpur yang merangkumi Wilayah Persekutuan, pada pukul 8.45 pagi.

Program ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai kepentingan penjagaan alam sekitar melalui penanaman pokok dan juga kebersihan kawasan komuniti setempat.

Pemberian cenderahati untuk para peserta program

Dalam ucapan perasmian, Zainul Abidin Abdullah, menyatakan bahawa program ini adalah salah satu komitmen kerajaan dalam program Agenda Lokal 21 iaitu penghijauan bumi.

Sebanyak 300 pokok ditanam pada program itu yang merangkumi pokok renek dan buah-buahan.

Satu lagi program iaitu program 1 kampung 1 buah 1 sayur, telah dilancarkan bersama hari penghijauan bumi ini, untuk mengalakkan setiap kampong untuk mempunyai produk tanaman bagi mengurangkan kerbergantungan penduduk Labuan kepada produk luar pulau.

Zainal yang juga merupakan ketua pegawai eksekutif Perbadanan Labuan, menambah bahawa langkah ini juga boleh menarik lebih ramai pelancong ke Labuan.

Turut hadir ke program ini adalah wakil ISRO Group Rozman Isli, yang merupakan penaja utama projek ini.