2,500 pokok ditanam di Putrajaya

2,500 pokok ditanam di Putrajaya

Sebanyak 2,500 pokok hutan daripada 10 spesies ditanam secara serentak di 20 sekolah sekitar Putrajaya hari ini sebagai usaha mengimbangi pembangunan fizikal di kawasan bandar.

Sebanyak 2,500 pokok hutan daripada 10 spesies ditanam secara serentak di 20 sekolah sekitar Putrajaya hari ini sebagai usaha mengimbangi pembangunan fizikal di kawasan bandar.

Pengerusi Landskap Malaysia Tun Jeanne Abdullah berkata usaha itu juga sebagai tanda sokongan terhadap hasrat kerajaan untuk menanam 26 juta pokok menjelang 2014.

“Sebanyak sembilan sekolah menengah dan 11 sekolah rendah terbabit dalam projek perintis kali ini yang dimulakan di Putrajaya,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program “Hutan Kita Sekolah-Sekolah Putrajaya” di sini.

Beliau berkata usaha itu dimulakan di peringkat sekolah kerana menyedari pentingnya pemuliharaan hutan perlu dipupuk sejak di alam persekolahan supaya generasi muda lebih peka terhadap alam semula jadi.

See also  SAM challenges approval of Penang Hill cable car project

Jeanne berkata projek yang dijalankan dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya dan Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya itu bakal diperluaskan ke sekolah-sekolah di seluruh negara.

Menerusi program itu, konsep ‘Kami-Omaiyari’ yang diambil dari gabungan perkataan Melayu dan Jepun, bermaksud ‘Kami-prihatin dan kasih sayang’ akan dipupuk dalam kalangan pelajar.

Program itu merupakan kesinambungan daripada Program Hutan Kita yang dilancarkan pada 15 Feb tahun lepas di Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

– Bernama