Najib umum gaji minimum RM900

Perdana Menteri, Najib Abdul Razak mengumumkan gaji minimum sebanyak RM900 untuk pekerja di Semenanjung Malaysia dan RM800 untuk pekerja di Sabah, Sarawak dan Labuan, di Putrajaya semalam.

Pelarasan gaji minimum di Malaysia diberikan selepas isu ini didebat sejak tahun 1980-an.

Melalui pelaran gaji minimum ini, pekerja di Semenanjung akan diberi RM4.33 sejam manakala pekerja di Sabah, Sarawak dan Labuan akan menerima gaji RM3.85 sejam. Pelarasan ini meliputi semua jenis pekerjaan kecuali pembantu rumah, tukan kebung dan sebagainya.

Najib yang mengumumkan pelarasan ini di Dewan Perdana Putrrajaya di dalam majlis yang dihadiri oleh wakil pekerja, kerajaan dan majikan, menegaskan bahawa ini adalah hadiah istimewa dari kerajaan bagi pekerja-pekerja yang akan menyambut Hari Pekerja pada Mei 1.

Najib juga menjelaskan bahawa tuntutan RM1200 dan RM1500 gaji minimum akan menjejaskan ekonomi negara dengan memberi kesan buruk kepada pasaran  buruh dan pelaburan negara dan serta boleh menyebabkan ramai pekerja akan kehilangan kerja.

Beliau menjelaskan bahawa mekanisma perlaksanaan gaji minimum ini adalah fleksibel supaya tidak membebankan majikan. Pihak majikan diberi tempoh bagi melakukan penstrukturan dan boleh memohon untuk perlanjutan tempoh bagi pelarasan ini.

Gaji  minimum hanya akan berkuatkuasa enam bulan dari tarikh penguatkuasaan diumumkan  dan 12 bulan bagi industri kecil.

Gaji minima ini akan dikaji dari semasa ke semasa sejajar dengan keperluan negara. Penetapan gaji minimum ini mengambil kira keperluan asas keluarga, produktiviti, kos hidup, keperluan pasaran buruh dan keupayaan majikan.

Melalui pengumuman ini beliau berharap ia akan dapat mengekalkan perhubungan keharmonian di antara majikan dan pekerja yang merupakan satu aset nasional.

Sekiranya wujud sebarang pertikaian maka beliau menyeru agar ia dibawa ke pintu perundingan dan berjanji kerajaan akan memberi keadilan yang adil, jujur dan berobjektif demi kepetingan negara.

Beliau juga menyatakan bahawa kerajaan mendengar denyutan nadi kaum pekerja yang telah memberikan  kemakmuran kepada negara.

 

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE