Latihan Khidmat Negara: Bukan buang masa dan duit

Satu acara pelancaran pelepasan bagi peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) telah diadakan di Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu pada pagi ini.

Majlis pelancaran ini yang telah disempurnakan oleh Henrynus Amin yang juga merupakan ahli majlis latihan khidmat negara adalah untuk peserta PLKN yang akan menyertai latihan di kem yang terletak di Semenanjung Malaysia dan zon pantai barat Sabah.

Beliau berkata bahawa para peserta yang terpilih untuk mengikuti program latihan PLKN selama 3 bulan ini akan melalui proses pembentukan perwatakan diri yang menyeluruh yang akan menjadikan mereka aset bagi diri mereka sendiri, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara ini.

Beliau juga menegaskan bahawa program ini bukannya satu pembaziran seperti yang dikritik oleh banyak pihak pada peringkat pembentukan tetapi sebaliknya ianya adalah merupakan suatu usaha untuk membantu anak-anak muda negara agar dapat menolak unsur-unsur negatif.

Beliau juga memberi keyakinan kepada ibubapa para peserta yang kebajikan dan keselamatan anak-anak mereka akan terjamin sepenuhnya dibawah penjagaan kakitangan kem-kem PLKN yang penuh tanggungjawab.

Henrynus juga mengesa ibubapa para pelatih untuk menghubungi beliau di talian 013-8805808 jika terdapat sebarang masalah atau menghubungi pihak pentabiran PLKN Sabah di talian 087-773775 bagi menambah baik program ini.

Komandan kem PLKN Sabah Mohammad Zainuri bin Embong berkata bahawa setiap siri pengambilan seluruh negara terdiri 50,000 orang pelatih.

Menurut Zainuri terdapat 7 kem PLKN yang terdapat di Sabah, 3 daripadanya ialah Kem Papar, Tuaran dan Kota Belud yang telah pun mendapat piawaian ISO 9001:2008. 4 lagi kem masih lagi di dalam proses untuk mendapatkan piawaian tersebut.

Henrynus Amin(kiri) dan komandan kem PLKN Sabah Mohammad Zainuri bin Embong(kanan)
Para pelatih sedang menerima RM150 dari PLKN sebagai wang saku bulanan.
Para pelatih sedang menaiki bas serta diperhatikan oleh para ibubapa.
Pelancaran dan pelepasan para pelatih ke kem-kem PLKN.

ftnicholas

Citizen Journalist Malaysia trained by Malaysiakini.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE