VoxPop: Gaji minima, apa pendapat anda?

JOHOR BHARU – Gaji minima RM900 bagi Semenanjung Malaysia dan RM800 bagi Sabah dan Sarawak berbanding tuntutan RM1500.

Perdana Menteri Malaysia, Najib Abdul Razak telah mengumumkan paras gaji minima sebanyak RM900 bagi Semenanjung Malaysia dan RM800 bagi Sabah dan Sarawak pada malam sebelum sambutan Hari Pekerja yang disambut seluruh dunia.

Najib juga menjelaskan bahawa tuntutan RM1200 dan RM1500 gaji minimum seperti yang dituntut sebelum ini akan menjejaskan ekonomi negara dengan memberi kesan buruk kepada pasaranĀ  buruh dan pelaburan negara serta boleh menyebabkan ramai pekerja akan kehilangan kerja.

CJMY telah mendapatkan respon dari beberapa orang pekerja di sekitar Johor Bahru berhubung pengumuman tersebut.

Amirull Salihing