Karnival Walk With Me 2012

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V telah mengetuai Walkathon Diraja 2012, yang bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat pada petang tadi yang disertai oleh semua lapisan rakyat termasuk penjawat awam kerajaan negeri dan persekutuan, dan teramai sekali dari kanak-kanak sekolah.

Sultan Muhammad V mengetuai walkathon tersebut dan berjalan sejauh tujuh kilometer bermula dari Stadium Sultan Muhammad IV dan berakhir di tempat yang sama.

Bertemakan “Walk With Me 2012” karnival tersebut diadakan selama tiga hari mulai hari ini di perkarangan stadium itu. Antara acara di karnival ialah pameran industri asas tani dan pasar tani mega dengan kerjasama FAMA, persembahan kebudayaan, pertunjukan kereta dan tatu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta ceramah perdana.