Penduduk setinggan Kempas tuntut pampasan

KEMPAS – Kami, penduduk setinggan Kempas yang diarahkan berpindah tanpa mendapat sebarang pampasan meskipun telah meneroka dan kawasan penempatan tersebut sejak puluhan tahun malah kedudukan kami di penempatan PPR yang disediakan hanyalah penyewa bukannya sewa beli yang membolehkan kami memiliki rumah seperti yang diharapkan.

Kira-kira 20 penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas telah mengadakan demonstrasi menuntut pampasan dari kerajaan negeri berhubung perpindahan mereka dari kawasan setinggan di sekitar kawasan Kempas telah diadakan di perkarangan Blok C PPR Kempas pada 1 Mei lalu.

24 Mac 2010 : Penduduk Kg. Denai Pinggiran cuba mempertahankan kediaman mereka setelah rayuan kepada kerajaan negeri tidak dilayan

Penduduk dari beberapa perkampungan setinggan di sekitar Kempas iaitu Kampung Denai Pinggiran, Kampung Sri Rahmat 1 dan Kampung Sri Rahmat 2 telah diarahkan keluar dari perkampungan yang didiami sejak lebih 20 tahun lalu yang kemudiannya ditempatkan di rumah pangsa PPR Kempas dan PPR Desa Mutiara apabila pemilik tanah kawasan perkampungan mereka iaitu Kementerian Kesihatan mahu memajukan kawasan tersebut.

24 Mac 2010 : Jengkaut digunakan untuk meroboh rumah penduduk

Mereka yang diarahkan berpindah tanpa mendapat sebarang pampasan meskipun telah meneroka dan kawasan penempatan tersebut sejak puluhan tahun malah kedudukan mereka di penempatan PPR yang disediakan hanyalah penyewa bukannya sewa beli yang membolehkan mereka memiliki rumah seperti yang diharapkan.

Menurut Omar Osman, 33, yang ditempatkan di PPR Desa Mutiara, sebelum ini, setiap kali menjelang pilihanraya mereka dijanjikan oleh wakil rakyat untuk mendapatkan geran tapak rumah yang didiami.

24 Mac 2010 : Seorang kanak-kanak yang baru pulang dari sekolah memungut barang yang dilonggokkan setelah rumahnya dirobohkan

“Sebelum berpindah dulu, kerajaan negeri juga berjanji untuk menyediakan pengangkutan dan petugas untuk membantu kami berpindah, tetapi sehingga rumah kami dirobohkan tiada seperti yang telah dijanjikan.”

Demonstrasi yang dianjurkan oleh  jawatankuasa bertindak penduduk setinggan kawasan Kempas itu mendapat sokongan pimpinan PAS.

Antara pemimpin PAS yang hadir memberi sokongan ialah Salahuddin Ayub, ahli parlimen Kubang Kerian, Suhaizan Kaiat, Ketua Dewan Pemuda PAS Johor dan Normala Sudirman yang lebih dikenali dengan Cikgu Mala Timbalan Ketua Dewat Muslimat Johor.

Dalam ucapan beliau ketika demonstrasi tersebut, Salahuddin memberitahu bahawa kehadiran beliau sekurang-kurangnya dapat mempercepatkan bayaran pampasan yang sepatutnya telah diterima penduduk.

Amirull Salihing