1,500 orang tuntut hak di Plaza Angsana, Johor Bahru

JOHOR BAHRU – Perhimpunan oleh Gabungan Tanah Rakyat (Tanah) bertujuan untuk mendedahkan isu isu tanah di Johor.

Satu perhimpunan telah diadakan oleh Gabungan Tanah Rakyat (Tanah) bertujuan untuk mendedahkan isu isu tanah yang berlaku dalam negeri Johor antaranya, keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa terhadap pemilikan Pulau Batu Putih, penjualan 2 lot tanah seluas 63.63 ekar milik Kumpulan Prasarana Rakyat Johor kepada Credence Resources, Danga Bay Holding dan Danga Bay pada harga yang  jauh lebih murah dari nilai yang ditaksirkan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta termasuk penjualan tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad di Singapura yang mencurigakan.

Saminathan