TLDM pamer kewibawaan di Sepanggar, Sabah

Pameran Tentera Laut Diraja Malaysia di Sepanggar

 

Sempena hari terbuka Armada, pengkalan Tentera Laur Diraja Malaysia (TLDM) di Sepanggar, Sabah telah dibuka kepada orang ramai dari Mei 5 sehingga Mei 6.

TLDM telah mempamerkan kapal-kapal tentera laut serta kapal selam KD Tun Abdul Razak. Pengunjung juga telah berpeluang untuk mengetahui pelbagai info mengenai TLDM dan peralatan ketenteraan mereka.

Selain daripada itu, TLDM juga telah menyediakan sudut informasi yang menerangkan mengenai Pusat Latihan Kapal Selam yang telah mula beroperasi di Kota Kinabalu sejak Sept 1, 2009.

Antara fakta yang paling menarik dipamerkan adalah bagaimana kedudukan pengkalan TLDM Kota Kinabalu yang penting untuk langkah strategik ketenteraan dan pertahanan negara.

TLDM juga menerangkan langkah-langkah yang diambil selaras dengan pembangunan sumber manusia Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam usaha mewujudkan angkatan laut yang seimbang, kredibel dan berwibawa.

KTD Kepah Tentera Laut Diraja Malaysia

 

Sudut info kapal selam Scorpene

 

Kapal selam Scorpene KD Tun Abdul Razak
Kapal KD Perak Tentera Laut Diraja Malaysia
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE