Ambiga diminta umum taat setia kepada negara

KUALA LUMPUR – Gabungan NGO minta Ambiga umumkan secara terbuka taat setianya kepada negara dan Yang Dipertuan Agong.

 

 

NGO Suara Anak Muda 1Malaysia telah mengadakan upacara bacaan ikrar taat setia kepada Yang Dipertuan Agong serta menyatakan sokongan penuh mereka kepada pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam menangani perhimpunan Bersih 3.0 baru-baru ini.

Perhimpunan bacaan ikrar ini telah diadakan di perkarangan ibu pejabat polis Bukit Aman.

Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu, Mohd Ali Baharom mengesah agar Ketua Polis Negara dan Kementerian Dalam Negeri Hishammudin Hussein Onn, menahan ketua-ketua penganjur perhimpunan berkenaan juga dan bukan hanya setakat orang bawahannya kerana daripada perhimpunan berkenaanlah berlakunya provokasi dan keganasan terhadap pihak polis.

Beliau juga berkata bahawa pihak polis merupakan wira negara kerana mereka sentiasa memastikan negara berada dalam keadaan suasana aman dan damai  dan seharusnya rakyat Malaysia merasa berterima kasih.

Seorang lagi jurucakap daripada badan NGO yang lain berkata bahawa badan kepolisan ini seharusnya dihormati dan bukannya dihina kerana bila kita tidak menghormati badan kepolisan ini samalah seperti kita tidak mahu keamanan di dalam Negara ini.

Selepas ucapan daripada pelbagi pihak kesemua pihak NGO yang terlibat sebulat suara meminta agar Ambiga mengumumkan secara terbuka taat setianya kepada negara dan Agong, sekiranya tidak anugerah “Datuk” yang diberi kepadanya akan diminta untuk ditarik balik.

Terlebih dahulu sekumpulan penyokong BERSIH 3.0 bertembung dengan mereka dalam satu kejadian yang hampir mencetus pergeseran di hadapan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Insiden pada anggaran jam 2.50 petang itu bermula apabila kumpulan pro-BERSIH, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) disorak oleh kumpulan anti-perhimpunan berkenaan, termasuk anggota NGO Suara Anak Muda 1Malaysia.

 

 

 

 

ftnicholas

Citizen Journalist Malaysia trained by Malaysiakini.