Cikgu Mala: Perjuangan kami dalam PAS

Baru baru ini, Normala Sudirman atau lebih dikenali dengan nama Cikgu Mala turut menurun padang bersama penduduk penduduk Kempas dalam satu protes tuntutan pampasan setinggan Kempas di Blok C, PPR Kempas, Johor Bahru.

Protes tersebut juga dihadiri oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, penyelia pusat aduan rakyat Kempas, Suhaizan Kaiat, beberapa ahli PAS tempatan serta sebilangan penduduk di PPR Kempas.

Sebaik selesainya protes berkenaan, CJMY sempat menemubual bersama Cikgu Mala sambil menajukan beberapa soalan yang ada berkaitan dengan pencalonan beliau di PRU 13 nanti.

Beliau menegaskan bahawa keputusan bertanding atau tidak serta kawasan mana beliau akan bertanding, semuanya terletak kepada pimpinan PAS pusat dan beliau akan akur padanya.

Tambah beliau, setiap seorang yang menyertai PAS bukan semata mata untuk merebut jawatan dan menjadi calon dalam pilihanraya.

Akhir kata, beliau menyeru seluruh rakyat Johor agar berani membuat perubahan dengan penuh keyakinan dan itizam yang padu untuk bersama sama meletakkan kepimpinan Pakatan Rakyat di Nusajaya dan seterusnya melangkah ke Putrajaya.

Cikgu Mala adalah selaku timbalan ketua dewan muslimat PAS Johor dan juga seorang ahli EXCO pendidikan PAS pusat.

 

 

 

 

 

 

 

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE