Anak: Ungkapan ‘haram jadah’, Najib harus memohon maaf

KULAI – Mazlan Aliman memberitahu CJMY bahawa beliau berasa kesal keatas kegunaan ungkapan sedemikian yang dianggap bahasa kesat.

Satu laporan polis telah dibuat terhadap Perdana Menteri Najib Abdul Razak oleh peneroka Felda hari ini di balai polis Kulai.

Peneroka felda tersebut mendakwa bahawa Najib telah menggunakan ungkapan “haram jadah” ke atas peneroka peneroka Felda yang membantah penyenaraian Felda Global Venture (FGV) di bursa saham.

Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman, memberitahu CJMY bahawa beliau berasa amat kesal di atas penggunaan ungkapan sedemikian yang dianggap amat kesat.

Justeru itu, Anak mahu Najib menarik balik ungkapan berkenaan dan seterusnya memohon maaf secara terbuka kepada ahli ahli keluarga peneroka Felda.

Mazlan juga menyatakan sekiranya Najib enggan berbuat demikian, Anak akan mengambil tindakan dengan menfail saman malu terhadapnya.

Mazlan juga menyatakan bahawa pengagihan wang ‘durian runtuh’ ini akan dan sudah pun menimbulkan pelbagai masalah yang menjejaskan keharmonian keluarga peneroka felda.

Mazlan berharap kerajaan akan mengadakan satu mekanisme pengagihan wang ‘durian runtuh’ yang berkesan supaya tidak menimbulkan masalah kepada keluarga peneroka Felda.

Tambah beliau lagi semua permasalahan ini berpunca daripada kesungguhan kerajaan hendak menyenaraikan FGV di bursa saham dengan apa jua cara walaupun dibantah oleh Anak.

 

CJ Steve