Sambutan 3 dalam 1 Yayasan Tzu Chi

KUALA LUMPUR – Yayasan Tzu Chi Malaysia cawangan Selangor, Kuala Lumpur dan Klang telah mengadakan sambutan 3 dalam 1 iaitu Hari Wesak, Hari Ibu dan Hari Tzu Chi di Padang Bola Sepak Cheras pada 13 Mei 2012.

Yayasan Tzu Chi  Malaysia cawangan Selangor, Kuala Lumpur dan Klang  telah mengadakan sambutan 3 dalam 1 iaitu Hari Wesak, Hari Ibu dan Hari Tzu Chi di Padang Bola Sepak Cheras pada 13 Mei 2012.

Lebih dari 8,000 sukarelawan dan orang awam telah menyertai majlis yang dianggap penuh istimewa dan murni melibatkan penyertaan  tanpa mengira bangsa dan agama.

Upacara ini telah dirasmikan oleh pendita Theravada serta tokong-tokong buddha.

Majlis ini telah berangsung di merata dunia termasuk di Taiwan (negara pengasas), sempena ulang tahun ke-46 Yayasan Tzu Chi.

Peserta-peserta yang menyertai majlis ini telah digalakkan mengamalkan diet sayur-sayuran selama 108 hari.

Mereka juga telah dibekalkan dengan sebuah tabung(bamboo bank) bagi menderma wang ke dalam dalam tabung setiap hari  sebelum memulakan hari mereka.

Tabung tersebut telah di kutip  dan wang tersebut akan digunakan untuk memberi bantuan kepada keluarga dan orang yang memerlukan bantuan.

See also  HWUM students start charity football match for Fugees School

Orang ramai juga diseru agar mempraktikan kehidupan yang mudah dan tidak melakukan pembaziran makanan serta sentiasa mengingati orang yang kurang berkemampuan.

Di samping aktiviti keagamaan, peserta-peserta juga telah melakukan aktiviti pergerakan yang simbolik untuk menyucikan minda dan pemikiran bagi mencapai keamanan di dunia.

Majlis ini memohon rahmat serta restu agar dunia diselamatkan dari segala bencana alam justeru dan semua kehidupan dapat hidup dengan aman dan damai.

Sukarelawan-sukarelawan telah bertungkus lumus sejak sebulan lalu bagi menjayakan majlis ini. Struktur susunan peserta-peserta (yang melambangkan daun serta bunga teratai dari atas) adalah logo bagi yayasan Tzu Chi serta ulangtahun 46 tahun.


Antara kesignifikan persembahan dan upacara ialah:
Upacara Chanting: Sutra digunakan semasa upacara-melaungkan serta membacakan mantra, ia juga adalah satu bentuk meditasi dan kaedah untuk memupuk kebijaksanaan serta memberikan penghormatan kepada Buddha.

See also  FOMEMA supports vulnerable communities during Ramadan

Upacara ini adalah bagi menunjukan serta meluahkan rasa terima kasih, rasa hormat, dan mencerminkan kepada pengekalan falsafah kehidupan saling bergantung. Apa-apa yang ditawarkan kepada Buddha tidak harus melibatkan korban dan  melibatkan pembunuhan.

Oleh  yang ia adalah satu perbuatan persembahan bagi membangunkan kesegaran dan karma yang positif yakni hadiah yang paling sempurna adalah hati yang jujur dan ikhlas.

Persembahan bunga: Bunga yang cantik dan wangi, akan tetapi keindahannya tidak akan kekal selama-lamanya, oleh itu ia menggambarkan ketidaktetapan kehidupan ini.

Penawaran air: Air melambangkan daya hidup dan membasuh kotoran secara mendalam iaitu membersihkan diri.

Rajeswari