Keselamatan penduduk Bandar Puteri diancam perompak

KLANG – Satu lagi keluarga telah kehilangan beribu-ribu ringgit dalam satu rompakan yang dilakukan oleh sekumpulan perompak di Jalan Kerongsang, Bandar Puteri.

 

“Nyawa saya diancam setiap hari” adalah keluhan penghuni di Bandar Puteri Klang dan Taman Sentosa Klang berikutan dari kes rompak yang semakin meningkat di kawasan ini.

Anamah,63, yang tinggal di Jalan Dato Dagang, Taman Sentosa sejak 20 tahun lalu bersama anak perempuan dan cucunya sentiasa risau keselamatan keluarganya kerana tidak tahu bila rumah mereka akan dipecah masuk.

Satu-satunya basikal kesayangan yang digunakan oleh anaknya Suseela juga telah hilang  walaupun pintu pagarnya dikunci pada waktu malam.

Mereka tidak melakukan sebarang laporan polis kerana bimbang akan diketahui oleh penceroboh dan keselamatan mereka akan terancam.

Rantai emas perkahwinan Muniammah, 67,  telah diragut oleh dua lelaki yang bermotosikal di kawasan Jalan Kerongsang, Bandar Puteri  ketika beliau hendak ke taman permainan di hadapan rumah.

Mukanya juga cedera parah akibat tumbukan perompak kerana dia tidak mahu melepaskan rantai emasnya.

Beliau telah melakukan laporan polis namun enggan mengulas lanjut kerana bimbang akan keselamatannya.

Seorang peniaga yang tidak mahu namanya diketahui, telah kehilangan dua motosikalnya dalam satu hari.

Beliau juga menyatakan bahawa tidak melakukan laporan polis kerana bimbang akan keselamatan dan juga boleh menjejaskan perniagaanya.

“Inilah satu-satunya hasil pencarian kami nanti mereka akan menyerang kami di kedai janganlah report. Tolong!” ujar peniaga tersebut.

Satu lagi keluarga telah kehilangan beribu-ribu ringgit dalam satu rompakan yang dilakukan oleh sekumpulan perompak  di Jalan Kerongsang, Bandar Puteri.

Menurut mangsa yang juga tidak mahu dikenali, mereka telah diekori dan perompak-perompak tersebut terus menghunus parang di hadapan pintu pagar lebih kurang pada pukul 11.00 malam dan menyuruh mereka serahkan segala-galanya(wang dan emas).

“Kereta saya hilang macam itu saja setelah diletak berhampiran stesen keretapi Klang semasa balik dari kerja. Sememangnya dia meletakkan keretanya di kawasan berhampiran stesen setiap hari untuk ulang alik ke tempat kerja. Sekarang saya menghadapi kesukaran untuk ulang-alik ke tempat kerja dan nak beli kereta lagi?” ujar Megala, 26, yang juga merupakan penduduk Bandar Puteri.

 

Pondok polis pemantau Bandar Puteri Klang tidak beroperasi lagi


Rondaan dan kawalan juga diadakan setiap malam


*nama samaran digunakan bagi pengguni yang enggan dinamakan.

 


Rajeswari