Guru penjana generasi idaman, guru penyayang, guru disayangi

SELANGOR – Sempena Hari Guru 2012 yang disambut setiap tahun pada 16 Mei, Menteri Besar Selangor, Dato Abdul Khalid bin Ibrahim dalam perutusannya kepada semua warga pendidik di Negeri Selangor memperjelaskan bahawa dalam konteks bernegara, sistem pendidikan memainkan peranan amat penting untuk menjana pembangunan Negara dan bidang pendidikan sering diberi keutamaan oleh Kerajaan Negeri.

 

Sempena Hari Guru 2012 yang disambut setiap tahun pada 16 Mei,  Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid bin Ibrahim dalam perutusannya kepada semua warga pendidik di Negeri Selangor   memperjelaskan bahawa  dalam konteks bernegara, sistem pendidikan memainkan peranan amat  penting untuk menjana pembangunan Negara dan bidang pendidikan sering diberi keutamaan oleh Kerajaan Negeri.

Ini jelas terbukti apabila setiap tahun kerajaan negeri Selangor memperuntukkan RM16 juta untuk diagihkan kepada sekolah-sekolah agama rakyat, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil. Selain daripada itu, bantuan persekolahan seperti beg dan buku sekolah turut diberikan kepada mereka yang memerlukan.

Mengikut beliau, bantuan-bantuan ini diberikan untuk membolehkan pihak sekolah terbabit menambah-baik kemudahan dan kualiti pengajaran. Sekolah-sekolah terbabit adalah jenis sekolah yang tidak mendapat bantuan khusus daripada Kementerian.

See also  CTOS and AirAsia Academy join forces to empower SMEs

Disebabkan wujudnya permintaan daripada ibu bapa di samping adanya kesediaan para guru untuk mengajar, kerajaan negeri Selangor dengan keterbatasan kewangan yang ada telah berusaha menyalurkan bantuan ini. Di samping itu, elaun guru KAFA juga telah ditingkatkan dengan adanya peruntukkan zakat bagi menggalakkan guru terbabit terus berkhidmat dengan cemerlang.

Jelas beliau pendidikan kini tidak lagi terhad kepada keupayaan membaca dan mengira tetapi membentuk keperibadian manusia untuk menghargai hidup dengan nilai-nilai yang betul sejajar dengan tema tahun ini Guru Penjana Generasi Idaman, Guru Penyayang, Guru Disayangi.

Nilai murni yang diterapkan oleh setiap guru menjadikan profesion perguruan cukup penting bagi sesebuah Negara dalam memberi suntikan bermakna buat bakal generasi muda mengharungi masa depan dalam era globalisasi yang penuh mencabar ini.

See also  Xsolla Curine Academy and UM join forces in digital innovation

Beliau mengucapkan selamat Hari Guru dan menyeru agar semua warga guru sentiasa bersabar dan berusaha untuk terus memberikan yang terbaik kepada para pelajar walau apapun cabaran yang mendatang.

Akhirnya beliau menghadiahkan kata-kata  ilham dari Sasterawan Negara,Usman Awang kepada warga guru:

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa…
Seorang Raja menaiki takhta,
Seorang Ulama’ yang mulia,
Seorang peguam menang bicara,
Seorang penulis terkemuka,
Siapa saja yang dewasa,
Sejarah mereka dimulakan oleh seorang guru biasa dengan lemah lembutnya mengajar tulis-baca.

Rajeswari