Rondaan sukarela rukun tetangga di Taman Universiti Skudai

Skim Rukun Tetangga mula diperkenalkan pada tahun 1975 sebagai satu langkah membolehkan rakyat jelata mengawal dan menjaga keselamatan kawasan kediaman mereka.

Skim ini berasaskan falsafah kesejahteraan kawasan sejiran akan menjamin kesejahteraan negara.

Sebanyak 5,580 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) telah ditubuhkan di seluruh negara sehingga November 2011.

Skim Rondaan Sukarela (SRS) merupakan satu program di bawah KRT yang bertujuan mempertingkatkan semangat kejiranan penduduk setempat di samping membantu mencegah jenayah dan menangani gejala sosial.

CJMY baru-baru ini telah berpeluang menyertai rondaan rutin SRS bagi KRT Jalan Kemuliaan, Taman Universiti, Skudai yang baru ditubuhkan sekitar Februari lalu.

Skim Rondaan Sukarela di Telok Datok

Rondaan rutin yang bermula jam 12 tengah malam itu dibahagikan kepada dua kumpulan ronda iaitu kumpulan bermotosikal dan berbasikal.

Setiap kumpulan SRS akan meninjau kawasan-kawasan yang sering menjadi tumpuan penjenayah dan golongan yang menjalankan gejala negatif seperti taman permainan, rumah ibadat, kawasan kedai dan rumah tinggal.

Selain itu, mereka juga akan menanggalkan iklan-iklan ceti haram yang dipasang pada papan tanda jalan di kawasan kediaman mereka disamping menegur dan menyarankan remaja yang dtemui sedang melepak agar pulang ke rumah masing-masing.

Menurut Pengerusi SRS Jalan Kemuliaan, Azman Radzuan, penyertaan lebih ramai anggota masyarakat menyertai SRS adalah amat diharapkan.

“Apabila ramai, kita dapat membahagikan mereka kepada lebih banyak kumpulan dan kita boleh lakukan rondaan dengan lebih kerap kerana kawasan rondaan kita luas,” ujar beliau.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE