Piket NUBE menuntut hak pekerja bank

Piket NUBE menuntut hak pekerja bank

Lebih 300 ahli Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) dari seluruh negara berkumpul di pejabat NUBE di Kuala Lumpur

Lebih 300 ahli Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) dari seluruh negara berkumpul di pejabat NUBE di Kuala Lumpur hari ini untuk membantah tindakan Maybank yang memecat dua orang pegawai NUBE iaitu Timbalan Presiden, Abdul Jamil Jalaludeen dan Bendahari Agung, Chen Ka Fatt pada 31 Januari lalu.

Jamil dan Chen dipecat berikutan tindakan mereka memegang sepanduk ‘Maybank Rob Poor Workers’ di luar bangunan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) di Geneva, tahun lepas.

Perhimpunan yang bermula jam 8 pagi tadi, yang dimulakan dengan forum yang bertajuk ‘Penghakisan Hak-hak Pekerja di Malaysia’.

Mereka kemudian telah membuat laporan terhadap Menteri Sumber Manusia, Ketua Pengarah Jabatan Kesatuan Sekerja dan SUHAKAM di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur.

Seramai 300 ahli NUBE telah berarak sejauh kira-kira dua kilometer menuju ke Dataran Maybank, Bangsar bersama wakil-wakil kesatuan sekerja yang lain untuk berpiket di dalam cuaca hujan lebat.

Berikutan daripada piket ini, Maybank telah mengeluarkan kenyataan rasmi yang menyatakan bahawa pemecatan dua pekerja Maybank tersebut bukan kerana penglibatan mereka dalam aktiviti kesatuan sekerja tetapi kerana membawa aib kepada Maybank.