LGE: Tidak ada agenda usir Melayu dari Pulau Pinang

PENANG – Kerajaan negeri didakwa bertanggungjawab menyebabkan komposisi komuniti Melayu di negeri ini telah berkurangan sebanyak 18,000 orang dan kerajaan negeri tidak memperuntukkan dana bagi projek perumahan mampu milik.

Sejak mengambilalih pentabdiran kerajaan negeri Pulau Pinang, kerajaan Pakatan Rakyat menerima pelbagai tuduhan dan tohmahan daripada Barisan Nasional yang menerajui kerajaan pusat. Walaupun banyak reformasi serta perubahan telah dilakukan dalam pentadbiran dan pengurusan negeri untuk rakyat negeri ini, kerajaan negeri terus dikecam hebat daripada kerajaan pusat. Fitnah serta tohmahan jahat kerapkali dilakukan melalui media media masa perdana yang dikuasai oleh Barisan Nasional.

Antara tuduhan jahat yang dilemparkan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat iaitu mengenai isu perkara sensitif seperti agama dan kaum. Fitnah jahat yang sangat merbahaya ini dipandang serius oleh barisan pimpinan Pakatan Rakyat negeri dan juga pusat supaya semua masyarakat khasnya di Pulau Pinang tidak termakan dengan tohmahan tersebut.

Pagi semalam, mesyuarat exco kerajaan negeri sebulat suara mengutuk tindakan media perdana yang berusaha menyemarakkan api perkauman apabila mereka cuba memberi pendapat kepada komuniti Melayu di Pulau Pinang bahawa kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang diterajui DAP mempunyai agenda tersembunyi dalam usaha meminggirkan komuniti Melayu dinegeri ini dan sekali gus menghalau komuniti tersebut secara sistematik.

Kerajaan negeri juga didakwa bertanggungjawab menyebabkan komposisi komuniti Melayu di negeri ini telah berkurangan sebanyak 18,000 orang dan kerajaan negeri tidak memperuntukkan dana bagi projek perumahan mampu milik. Kerajaan negeri dituduh telah melibatkan salah satu modus operandi tersembunyi dalam usaha meminggirkan komuniti Melayu di Pulau Pinang.

Mengikut statistic bancian kerajaan negeri selepas Pilihanraya Umum 2008 jumlah bilangan komuniti pengundi Melayu di Pulau Pinang telah bertambah sebanyak 34,931 orang di akhir tahun 2011. Ini sama sekali bertentangan dengan tuduhan yang telah dilemparkan.

Kerajaan negeri sangat kesal dengan tuduhan ini dan kecewa dengan dasar yang dipersetujui oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyidin Yasin yang memperkuatkan tohmahan tersebut dengan terang-terangan menuduh kerajaan negeri adalah penyebab utama mengapa 18,000 orang Melayu berpindah keluar dari negeri ini.

Ternyata apa yang menjadi tohmahan terhadap kerajaan pimpinan Pakatan rakyat telah diiktiraf oleh Tan Sri Muhyidin Yasin sendiri dan beliau harus bertanggungjawab terhadap sentimen perkauman yang disebarkan bagi kepentingan politik pihak pihak tertentu.

Dalam membela kepentingan dan integriti kerajaan negeri melalui dasar CAT (Competency, Accountability, Transparency) Ketua Menteri Pulau Pinang Yang Berhormat Saudara Lim Guan Eng menolak segala tuduhan tersebut dan telah menyatakan bahawa sejak kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih pucuk pimpinan negeri ini sehingga sekarang kerajaan negeri dengan kerjasama pihak swasta telah membina sebanyak 11, 596 buah rumah kos rendah dan sederhana rendah bagi menampung permintaan terhadap rumah jenis berkenaan di negeri ini.

Kerajaan negeri juga telah memperuntukkan sebanyak RM 500 juta untuk membina sekurang kurangnya 18,000 buah rumah mampu milik yang berkualiti di masa depan disemua lima daerah di Pulau Pinang . Sebanyak 277 ekar tanah disediakan bagi tujuan tersebut.

Kerajaan negeri juga tidak pernah menaikkan kadar peratusan premium tanah di negeri ini dan masih mengekalkan tahap peratusan yang sama dari kerajaan lama yang memerintah.

Ketua Menteri juga telah menegaskan bahawa usaha UMNO dan BN untuk meraih undi dari orang Melayu di negeri ini dengan bermain dengan sentimen perkauman dan hasutan adalah keji, berniat jahat dan bakal menjejaskan keharmonian antara kaum di negeri ini jika persepsi-persepsi yang berdasarkan pada fitnah tidak disangkal lagi.

 

Avatar photo

Imran Hilmy

is born and raised in Penang Island and throughout of his younger days has a knack of lyrics and poem writings.Loves to read on history, politics and religions. He believes that he has a role in making this world a better place through his capacity as a Citizen Journalist in CJ.MY.