NUBE Kelantan buat laporan polis terhadap bank tempatan

 

Pengerusi Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) cawangan Kelantan, Mohd Azhar Bin Yusof dab Ahli Jawatankuasa cawangan Kelantan telah membuat satu laporan di Ibu Pejabat Polis Dearah Kota Bharu terhadap Pagawai Eksekutif (CEO), Ketua Kumpulan Modal Ihsan dan Ketua Perhubungan Perusahan sebuah bank tempatan.

“Laporan polis tersebut dibuat berikutan pemecatan dua ahli NUBE yang merupakan Naib Presiden NUBE, Abdul Jamil Jalaludeen dan Bendahari Agung NUBE, Chen Ka Fatt,” ujar Azhar.

Azhar juga menegaskan bahawa pemecatan dua pegawai NUBE adalah bercanggah dengan  seksyen 59(1)(d) dan (e) Akta Perhubungan Perusahaan.

Abdul Jamil dan Chen yang bertugas di cawangan Maybank Penang dan Ipoh telah dipecat dari jawatan mereka baru-baru ini berikutan tuduhan mereka mempamirkan sepanduk di luar bangunan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) di Geneva tahun lepas.

“Pemecatan kedua-dua pemimpin NUBE ini amat tidak munasabah. Sehubungan dengan ini kami di cawangan Kelantan mengambil langkah membuat laporan polis dengan tujuan pihak berkuasa dapat  mengambil tindakan segera untuk menyelesai kemelut antara NUBE dengan bank tersebut.”


Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE