Pangsapuri kos rendah Mount Austin: Sesi dialog panas

JOHOR BAHRU – Dalam perjumpaan di antara pembeli dan UPEN Johor beserta JPN pada 13 Mei 2012 yang lalu satu sesi dialog telah diadakan dan para pembeli rumah pangsapuri Mount Austin telah menyatakan ketidak percayaan mereka terhadap pemaju, Kong Sun Enterprise Sdn Bhd. Pemaju yang gagal menyiapkan projek ini selama 8 tahun telah diberi masa sebulan dari tarikh 8 Mei 2012 untuk menyiapkan blok 10, projek ini dan kemudiannya blok-blok yang lain.

Dalam sesi dialog yang panas itu Mohd Ali Bin Abdul Rahman, 38 (pembeli) meminta jaminan bertulis daripada kerajaan negeri dan Kementerian Perumahan dalam menyelesaikan masalah ini.

Tinjauan wartawan masyarakat pada 22 Mei 2012 bersama  Pengerusi jawatankuasa pemilik, En.Suhaini bin Mat Isa mendapati tidak banyak perkara yang berubah di blok 10 malahan kawasan pangsapuri itu kini di jadikan tempat membuang tanah dan sampah daripada projek pembangunan lain.  Menurut En.Suhaini, wakil pembeli telah dijemput ke JPN pada 28 Mei 2012 untuk berbincang dengan pemaju.

Pangsapuri Kos Rendah Mount Austin
Pangsapuri Kos Rendah Mount Austin yang terbengkalai kini menjadi tempat pembuangan sampah dan sisa projek pembangunan yang lain.

Projek pangsapuri yang telah dimulakan pada tahun 2004 ini sepatutnya disiapkan pada 2007, tetapi pemaju gagal menyiapkan projek ini menyebabkan 911 pembeli yang rata-ratanya golongan berpendapatan rendah terpaksa menanggung pelbagai kos tambahan seperti menyewa rumah disamping membayar pinjaman bank bagi rumah pangsa ini. Pada Oktober 2011, pembeli-pembeli rumah pangsa berkenaan telah berkumpul dan membuat laporan polis terhadap pemaju.

Mount Austin Piling
Setelah 8 tahun, blok 3, 5 dan 7 hanya siap piling sahaja.
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE