Kampung Sedu: Bantuan makanan dan pengangkutan

BANTING – Seramai 37 pelajar dari keluarga kurang mampu telah menerima bantuan makanan dan pengangkutan bagi membolehkan kanak-kanak ini terus melanjutkan pendidikan mereka.

Projek bantuan makanan dan pengangkutan bagi kanak-kanak yang berasal dari keluarga kurang mampu bagi membolehkan kanak-kanak ini terus melanjutkan pendidikan mereka telah dilancarkan di sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Kg Sedu Banting. Lebih dari 40 peserta(ibu bapa bersama kanak-kanak) telah menghadiri program ini.   Kanak-kanak ini telah dikenal pasti dari keluarga yang menerima pendapatan rendah. Pemberian bantuan makanan dan pengangkutan akan dilakukan oleh Yayasan Tzu Chi Malaysia cawangan Klang, dan bantuan ini akan berterusan setiap bulan bagi mengurangkan beban keluarga mereka.

Bantuan makanan ini membolehkan murid-murid menumpukan perhatian terhadap pendidikan dan mengikuti kelas tambahan di sekolah. Murid-murid yang menetap jauh dari sekolah pula boleh menggunakan perkhidmatan Van atau bas dan bayaran tambang akan dibiayai oleh wang dari projek ini.

Guru besar sekolah Subramaniam mengucapkan terima kasih atas usaha yang telah diambil oleh sukarelawan dan sukarelawati bagi pembangunan pendidikan kanak-kanak di sekolah Tamil Kg Sedu ini. Katanya projek ini telah  mengurangkan beban sekolah serta membolehkan  guru-guru memainkan peranan lebih khusus dalam pendidikan murud-murid ini di samping mengatasi masalah sosial yang mula menular seperti ponteng sekolah.

See also  FBS and SUKA Society host English Children Camp in remote villages

Di samping pelancaran bantuan makanan dan bantuan pengangkutan, sekolah ini telah dipilih sebagai sekolah khas yang akan menjalankan pelbagai aktiviti susulan bagi membantu pembentukkan salasiah murid-murid dan menanam sikap cinta akan keluarga dan masyarakat dikalangan komuniti di kawasan persekitaran.

Dalam pada itu, pemberian tabung buluh juga telah diperkenalkan bagi memperingatkan mereka bahawa betapa bernilainya wang sesen itu untuk membantu orang yang kurang mampu. Mengikut pengelola projek ini CH.Heng, setiap hari adalah digalakkan dimulakan dengan hati yang murni dengan menderma atau memasukkan wang dalam tabung buluh bagi memperingati mereka yang lebih susah dari kita.  Beliau menjelaskan bahawa keikhlasan pemberian tanpa mengharapkan balasan adalah nilai yang tiada bandingan.

See also  Coursera equips Malaysia's workforce for the AI age 

Pengerusi projek Mani pula menjelaskan ibu-bapa-ibubapa yang hadir pada pelancaran projek juga telah didedahkan dengan kepentingan pemakanan sayur-sayuran bagi kepentingan keselamatan dan kesihatan.

Yayasan Tzu Chi memberi penekanan yang penting terhadap pendidikan dan pembentukan diri seseorang individu tanpa mengira bangsa, agama dan kaum. Mengikut Sui San, salah seorang pembantu projek serta sukarelawati, antara aktiviti susulan yang dirancang bagi sekolah ini ialah aktiviti kitar semula dan perkhidmatan perubatan percuma yang akan dilangsungkan pada bulan berikutnya dengan bantuan ibubapa,guru-guru serta masyarakat sekitar.

 

Rajeswari