Angkasa rancang wujud KR1M di koperasi sekolah

Angkasa rancang wujud KR1M di koperasi sekolah

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) merancang untuk mewujudkan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di koperasi sekolah-sekolah di negara ini.

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) merancang untuk mewujudkan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di koperasi sekolah-sekolah di negara ini.

Menurut Timbalan Presiden Angkasa Datuk Abdul Fattah Abdullah, pihaknya kini mendapat banyak permintaan daripada pihak koperasi sekolah-sekolah bagi mewujudkan KR1M berkenaan.

“Pada masa ini, perancangan kita ialah mewujudkan sebuah KR1M di koperasi sekolah di setiap negeri,” katanya kepada pemberita semalam.

Beliau berkata Angkasa melihat KR1M berpotensi besar dan berdaya maju pada masa depan.

“Terdapat 2,161 buah koperasi sekolah di seluruh negara, dan ianya dilihat merupakan satu prospek yang besar,” katanya ketika ditemui pada majlis penyampaian cek insurans Tafakul kepada Mat Daud Awang, 54, bapa kepada seorang kakitangan Angkasa yang meninggal dunia Ogos lepas iaitu Mohd Nasaruddin, 26, di Felda Padang Piol Jerantut, di sini.

Allahyarham Mohd Nasaruddin, anak ketiga daripada enam beradik baru setahun bekerja dengan Angkasa, meninggal dunia dipercayai akibat keracunan makanan.

Abdul Fattah berkata insurans Takaful setakat ini telah menyumbang RM162,000 kepada ahli jawatankuasa dan kakitangan Angkasa yang meninggal dunia sejak 2007.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata seramai 50,000 ahli koperasi di bawah Angkasa dilindungi sepenuhnya menerusi skim insurans takaful.

“Skim takaful yang disediakan adalah hasil kerjasama Angkasa dan Etiqa Tafakul Berhad, dan pada masa kini 250 buah koperasi dengan 500,000 ahli menyertai skim ini dengan setiap ahli hanya menyumbang RM5 sebulan,” katanya.

– Bernama