Bomba perluas kempen keselamatan kebakaran sempena Tahun Baru Cina

Bomba perluas kempen keselamatan kebakaran sempena Tahun Baru Cina

Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur akan memperluaskan kempen keselamatan kebakaran kepada seluruh komuniti dan premis perniagaan di ibu negara sebagai persediaan menjelang perayaan Tahun Baru Cina, 23 Jan ini.

Pengarahnya Khirudin Drahman berkata antara lain, risalah mengenai pencegahan kebakaran akan mula diedarkan esok kepada orang ramai termasuk di premis-premis perniagaan yang berisiko berlaku kebakaran.

“Kita telah bermesyuarat semalam mengenai persediaan menjelang Tahun Baru Cina dan kita akan mula perhebatkan kempen sebegini untuk menyediakan masyarakat dengan pengetahuan berguna sekiranya berlaku kejadian tidak diingini ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Yong Soo Heong di Wisma Bernama, hari ini.

Khirudin berkata semua anggota bomba terlibat dalam kempen dan tugas mengawal kebakaran sepanjang perayaan itu, dan tiada pembekuan cuti dilakukan.

Menurutnya, pasukan “Motosikal Pantas” (RIM) akan ditempatkan di beberapa lokasi terpilih di beberapa lebuh raya dan jalan utama di sekitar Kuala Lumpur, bagi memastikan tindakan pantas dalam kejadian kebakaran.

Satu kempen kesedaran keselamatan kebakaran akan diadakan di Berjaya Times Square di sini mulai 10 pagi esok.

– Bernama